Thursday, February 14, 2013

Projek Lada Sistem Fertigasi

Berbudi pada tanah InsyaAllah hasilnya lumayan. Bidang pertanian secara umumnya dilihat sebagai kerjaya kelas ke 2 atau ke 3 di negara kita. Bagi orang muda pilihan kerjaya biasanya hanya tertumpu kepada kerja makan gaji ataupun memulakan perniagaan sendiri...

Namun bukan semua orang boleh  bekerja sebagai pekerja di sesebuah syarikat dengan pelbagai kerenah rakan sekerja mahupun bos itu sendiri. Kadang kala faktor gaji, masa dan sebagainya menjadikan kerjaya makan gaji tidak menjadi pilihan utama...

Bagi yang berminat untuk berbisnes, faktor modal menjadi penghalang utama. Melainkan anda anak orang kaya, kalau lingkup pun boleh mintak dengan bapak lagi...

Jom cuba bidang pertanian....contohnya tanaman lada @ cili @ timun dan sebagainya. Nampak susah dan rumit tapi sebenarnya tidak. Pertanian bukan macam dulu-dulu lagi, sekarang ni dah canggih...segala peralatan lengkap dan memudahkan kita...masa untuk dapat hasil pun tidaklah lama cuma mengambil masa 3-4 bulan sahaja...hasilnya cukup lumayan...berlipat-lipat kali ganda dengan pendapatan makan gaji. 

Jom tengok projek lada ala fertigasi yang sudah saya usahakan. Ini cuma EKSPERIMEN.


DIARI LADA FERTIGASI

29/11/2012 - BELI ANAK LADA BERUMUR 1 BULAN DI CHETOK PASIR MAS

1/12/2012 (JUMAAT) - PINDAH ANAK LADA KE POLIBEG YANG BERISI SABUT KELAPA

12/1/2013 - KELUAR BUNGA LADA

28/1/2013 - KELUAR BUAH LADA





DAY 2
DAY 5
 DAY 12
 DAY 15
 DAY 20
 DAY 20
DAY 20

No comments:

Post a Comment