Tuesday, October 12, 2010

Jalan-jalan Pengkalan Kubor

Hari ni Jumaat 8hb Okt 2010 Tokma, Daddy, Ibu, Kak Indah & Adik Fahmi nak ke Pengkalan Kubor, dah lama sangat tak ke sana.

Rancangan berjalan seperti biasa bila semua anak2 dah bangun. Kitorang siapkan bekalan Kak Indah & Adik Fahmi dan bertolak ke destinasi pada pukul 9.30 pagi.

Niat di hati nak bersarapan pagi kat sana, teringat gulai ikan merah masak kuning yang Ma bawak balik hari tu. So, kitorang singgah la kedai makan tu betul2 depan sekolah.

Sampai di sana pukul hampir 10 pagi, terus gi sarapan di kedai makan tu. Banyak jugak lauk pauk & buleh kiro sedap. Paling hot gulai ikan merah masak kuning pedas tu la.

Lepas makan kitorang terus masuk ke kawasan bebas cukai untuk usha2 apa2 yang patut. Bermulalah perjalanan untuk membeli & membelah apa yang rasa berkenan di hati.

Banyak Ibu beli kain selimut cotton untuk hadiah untuk cikgu2. Kena tax plak dah masa nak keluar rm20 hinggit plak tu, kata bebas cukai?! hampeh sungguh.











No comments:

Post a Comment